Friday, August 17, 2012

Masalah

Memang, kita akan rase kepentingan sesuatu pabila ianya sudah tiada. Seperti duit. Bile ade memang akan dibelanja aje. Bile dah takde baru nak rase terpempan. Bile dah takde mule kelam kabut. Semua tak kene. Duit oh duit. Inilah masalah kalau dah jadi hamba duit. Hamba dunia.

Kalau dulu semua kehendak boleh dipenuhi. Senyum memanjang. Kali ni, senyum pun kene paksa. Window shopping itu je lah. Sedih? Ye. Marah? Mungkin. Terseksa? err. Tak kot. Masa macam ni kita belajar walau ape yang terjadi agak lega jika kalau ade yang berada disamping. Memang lega. Harap kekal sebegitu. Sebab kalau tak, rase boleh jadi gila.

Nak tak nak kene terima lah. Bukannya bende ni jadi tanpa sebab. Kadang-kadang nak menghindarkan diri dari satu masalah mesti akan timbul masalah yang lain. Contoh, nak hindarkan diri dari suami yang suka mendera maka ada sesetengah lari dan minta cerai melalui mahkamah. Tapi, kene terima hakikat orang akan mengata kita. Masyarakat kite ni memang kuat dan bersatu hati kalau nak mengeji orang-orang yang bakal atau yang memang dah dapat title 'janda' kan? sungguh bersatu hati lah.

Kesian.

Sama juga macam kalau kite takmo tempuhi jam kat MRR2 untuk ke Jalan Ampang, kite akan juga tempuh jam di KL. Sama jer. Mana-mana celah kite pergi, masalah tetap ade. Hanya berbeza tahap keseriusan aje. So, maksud di sini, hidup ni penuh masalah. Tapi hanya dengan cara berhadapan dengannya sahaja dapat mengawal ketetapan hati samada nak jadi gila atau nak jadi orang yang sangat berfikiran positif.

So far, aku rasa aku bakal gila kalau tak dapat penyelesaian dalam 2-3 bulan. haha. Sangat positif ya?

No comments: