'Kau tau, Si A ni memang celaka ok, ade ke die cakap tudung aku ni old-fashioned!'
"Yeke? Ish sialnye, macam la die tu up-to-date sangat? puh-lis la"
Itulah antara butir-butir perbualan Dompot dengan Sengau. Kata-kata hambur dan mengeji tak pernah lekang dari bibir-bibir mereka. Meluat? Memang. Berbulu? Sudah pasti. Telinga ni kalau ade wayar dah lama aku cabut takmo dengar perbualan diorang mengutuk Si A.
Tiba-tiba, Si A lalu. Lalu Dompot dan Sengau menegurnya.
'Akak! lawanye baju akak. Matching la ngan beg akak. How lovely!'
"A-ah la kak. Akak beli kat mane? Gorgeous nye! Jealous saya kak"
Pernah tak terjadi situasi begini depan mata anda? Harap-harap anda bukan la Dompot atau Sengau. Kalau ye. Anda memang sangat keji.
Perbuatan seperti talam dua muka ni memang dah jadi perbuatan ruji masyarakat kita. Boring? Of course. Kadang-kadang rase nk sepuk je. Tapi siapalah aku? Aku bukan Si A. Aku hanya pemain di tepian corridor. Tetapi, perbuatan itu amat mengundang rase jelik aku. Si A tu xde la baik pun dengan aku. Tapi tak perlula nak mengutuk sampai begitu sekali. Yang rase peliknye tu, dorang ni tak rase segan ke sebab aku terdengar dan terlihat perlakuan jelik mereka tu?
Ke memang dah takde kemaluan dah?
Kadang-kadang tertanye, adakah semacam itu mereka dengan orang lain selain A. Adakah mereka sebegitu pabila dengan aku? Tiba masa kalau kantoi depan aku. Memang aku maki free. Tempat kerja dijadikan tempat mengutuk orang. Ah! Aku tau aku pun tak baik. Aku hanya menghamburkan rase jelik.
Harap-harap di masa hadapan tak perlulah aku bertemu atau berhubungan dengan orang-orang seperangai begini. Kerana aku pasti aku akan memaki.
No comments:
Post a Comment